English  Español  ภาษาไทย  Bahasa Indonesia 

Penentukuran Meter Gas Kering (DGM) - Kaedah US EPA

Doc ID: AERHQWW-ecy-2-ms
Last revised: ^0, 23.06.13

 

Laman ini mengandungi perincian mengenai cara-cara untuk menentukur Meter Gas Kering (DGM) yang digunakan dalam pengujian cerobong dan Kaedah pengambilan sampel atau percontohan isokinetik untuk sumber pegun pencemaran udara oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (US EPA).

DGM biasanya terletak di dalam Konsol Meter (Automatik atau Manual). Gas yang disampel dari gas cerobong akan masuk ke dalam DGM, kemudian ke Meter Orifis (atau Tiub Orifis). Meter Orifis/Tiub membantu kita menyesuaikan pam vakum bebas kebocoran untuk meningkatkan atau mengurangkan halaju gas yang disampel di nozel. 

Isipadu gas yang diukur oleh DGM adalah sangat penting kerana ia mengesahkan bahawa sampel telah diambil secara isokinetik.

 

    Senarai rujukan kaedah pengujian cerobong asap:

    • Kaedah US EPA 5 (Semakan: versi 7 Disember 2020)
      • Muat turun PDF secara percuma di laman web US EPA mengenai Method 5 di sini 
      • Muat turun salinan PDF sokongan secara percuma dari Aer Sampling di sini
    • Kaedah US EPA 17
    • Kaedah US EPA 23
    • Kaedah US EPA 201
    • Dan banyak lagi kaedah berdasarkan Kaedah US EPA 5
      • Muat turun kesemua versi terkini Kaedah Pengujian Cerobong US EPA secara percuma dalam talian di laman web umum Pusat Pengukuran Emisi Udara (EMC) US EPA di sini

     

    Imej

    Meter Gas Kering "Dry Gas Meter (DGM)"

    Dry Gas Meter (DGM) PN-119 Aer Sampling

    Konsol Automatik (DGM tersembunyi) 

    Konsol Manual dengan manometer digital (DGM kelihatan)

    Konsol Manual dengan manometer cecair analog (DGM kelihatan)

    Orifis Kritikal (Kit lima kadar aliran)

    Meter Gas Kering Rujukan "Meter Ujian Kering [Dry Test Meter]"

    Meter Ujian Basah"Meter Gas Basah" [(WTM: Wet Test Meter) "Wet Gas Meter"]

    Bell Spirometer "Bell Prover"

     

     

     

      Apakah yang perlu ditentukur

      • Meter Gas Kering (biasanya berada di dalam Konsol Meter)

         

         

        Matlamat penentukuran

        • Untuk mendapatkan Faktor Penentukuran DGM (Y), yang digunakan untuk memperbetulkan bacaan DGM, dan juga untuk mengira kadar isokinetik akhir (Kaedah US EPA 5, Bahagian 12.11.1)
        • Untuk mendapatkan Faktor Penentukuran Meter Orifis (Tiub Orifis) (ΔH@), yang digunakan ketika pemeriksaan segera untuk menentukan data Y masih sah sebelum kalibrasi yang seterusnya (Kaedah US EPA 5, Bahagian 9.2.1.1)

         

          Bilakah ianya diperlukan (kekerapan penentukuran)

          • Selepas setiap penggunaan di lapangan (biasanya dilakukan di tapak “on-site”)
            • Kaedah US EPA 5, Bahagian 10.3.2
            • Kaedah US EPA 17, Bahagian 10
            • Kaedah US EPA 23, Bahagian 6
            • Kaedah US EPA 201, Bahagian 5.3.1
            • Dan banyak lagi

           

            Bagaimanakah cara-cara untuk menentukur?

            • Pilih salah satu daripada pilihan di bawah ini:
              • Pilihan A1: Orifis Kritikal pada satu kadar aliran
                • Prosedur: Kaedah US EPA 5, Bahagian 16.2
                • Pilihan yang paling mudah dan biasa dipilih kerana Orifis Kritikal adalah ringan dan persediaannya minima
                • Pilih Orifis Kritikal dengan nilai delta H (ΔH) yang berada di antara nilai ΔH yang terbesar dan terkecil yang direkodkan semasa proses pengambilan sampel dijalankan. Sebiji Orifis Kritikal menghasilkan satu kadar aliran (pada vakum kritikal)
                • Hanya berfungsi jika Orifis Kritikal boleh beroperasi pada "Vakum Kritikal" pada tekanan barometrik sebanyak 0.472
                • Pada "vakum kritikal", halaju dan kadar aliran jisim gas yang masuk ke dalam Orifis Kritikal adalah malar “constant” pada halaju bunyi
                • Orifis Kritikal itu sendiri memerlukan penentukuran semula. Adalah disarankan untuk menghantar Orifis Kritikal untuk penentukuran yang boleh disusur-galurkan, setiap tahun, kerana ia merupakan standard penentukuran yang penting.
              • Pilihan A2: Meter Gas Kering Rujukan "Meter Ujian Kering"
                • Prosedur: Kaedah US EPA 5, Bahagian 16.1
              • Pilihan A3: Meter Ujian Basah (WTM) "Meter Gas Basah"
                • Prosedur: Kaedah US EPA 5, Bahagian 10.3
              • Pilihan A4: Spirometer Bell "Bell Prover"
                • Prosedur: Kaedah US EPA 5, Bahagian 10.3

             

            Kriteria Lulus/Gagal untuk Penentukuran Semula

            • Untuk Faktor Penentukuran DGM (Y):
              • Nilai Y individu mestilah dalam lingkungan 2% daripada nilai purata Y
                • Kaedah US EPA 5, Bahagian 10.3.1 dan Rajah 5-5
              • Nilai purata Y mestilah dalam lingkungan 5% daripada nilai purata Y sebelumnya
                • Kaedah US EPA 5, Bahagian 10.3.2 dan 10.3.3
              • Untuk Faktor Penentukuran Meter Orifis (Tiub Orifis) (ΔH@):
                • Nilai ΔH@ individu mestilah dalam lingkungan 0.2 inci (5.08 mmH2O) daripada nilai purata ΔH@
                  • Kaedah US EPA 5, Bahagian 10.3.1 dan Rajah 5-5

             

            Tajuk Berkaitan: ISO/IEC 17025, ILAC MRA, Bidang Akreditasi, Sumber Pegun/Tetap Pencemaran Udara, kebolehkesanan [traceability], akreditasi, SAMM

            -----

            Maklumat yang tertera di sini tertakluk kepada terma dan syarat Aer Sampling Group.

            Sekiranya terdapat percanggahan antara versi bahasa Inggeris dan versi bukan-bahasa Inggeris, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.